Hargailah seorang insan yang bernama "AYAH" kerana tanpanya kita tidak mungkin ada di dunia ini...
Hargailah seorang insan yang bernama "BABA" kerana dia lah yang berpenat lelah mencari rezeki...
Hargailah seorang insan yang bernama "WALIQ" kerana dia lah yang menghulurkan wang saat kita memerlukan....
Hargailah seorang insan yang bernama "PAPA" kerana dialah yang sentiasa sabar dengan kerenah kita...
Hargailah seorang insan yang bernama "DADDY" kerana dialah yang cuba melengkapkan keperluan kita...
Walaupun apa pun gelaran yang diberi... hargailah insan tua ini kerana dia lah yang mengazankan saat kita dilahirkan... insan tua ini lah yang bekerja keras membanting tulang empat kerat di tengah panas terik demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya... insan tua ini lah yang akan mewalikan saat kita diijabkabulkan kelak.. insan tua ini lah yang kita cari saat kita kehabisan duit... insan tua ini lah yang kita cari saat masalah menimpa.. insan tua ini lah yang tetap sabar n tersenyum bahagia saat kita bertatih2 untuk berjalan... hargailah insan tua ini selagi umurnya masih pnjang kerana saat Allah SWT menjemputnya,, tiada lagi peluang untuk kita menghargai jasa2 nya...

No comments:
Post a Comment