Friday, 24 October 2014
cinta hati ke@ cinta mati????
Setahun berlalu, kini tiada lagi kisahku bersamanya…yang tinggal hanyalah kenangan.. kenangan yang sukar kulupakan.. akhirnya… dia pergi meninggalkan ku sendiri.. sendri melalui ujian ini.. ternyata dia tidak berpegang pd janjinya dulu.. sungguh!!! Sukar buatku utk melpakannya.. kennagan itu semakin lama semakin hidup dalam jiwaku.. menghantui hidupku.. senangnya dia pergi.. ternyata.. apa yang ku takuti berlaku jua.. betullah.. manakan boleh si pipit terbang bersama enggang.. pastinya si enggang akan jauh meninggalkan si pipit…kini, aku terluka lagi.. hnya kerana khilafku .. kau sanggup membuang diriku.. mana sifat pembimbingmu??? Aku dihukum kerana khilafku sedangkan kalau kau mahu boleh saja kau pertahankan ak dengan membimbingku..membawaku ke jalan pulang.. jalan hidayah.. ternyata.. akhirnya… aku menangis sendiri… di saat aku ingin manghabiskan sisa-sisa pengajianku.. penentu masa depanku.. kau berlari menjauhiku.. bagaikan aku ini secebis kain buruk.. kau lupa.. dulu aku jua yang kau cari.. saat kau lemah.. saat kau begelumang masalah.. hanya kerna katu-katuku itu.. yang ak sendiri khilaf padanya.. kau langsung tidak mahu menerimaku lagi… dan malam ini.. setelah berminggu berlalu.. aku menangis lagi… murahnya air mataku….
Aku hanya mampu berdoa.. berdoa pada tuhanku .. agar kau kembali kepadaku.. seperti doaku suatu masa dulu yang dimakbul tuhanku..sungguh.. aku yakin pada kuasa doa ini…walau bertahun lamanya.. kan ku sebut namamu .. hanya di dalam sujudku..moga saja ALLAH mendengar doaku ini.
(20 oktober 2014, 10.31 pm)
dosa oh dosa!!! JAUHILAH AKU..
Dosa.. kenapa terlalu sukar untukku menjauhimu? Tiap masa ada saja kau mengejarku. Sedangkan aku langsung tiada minat pada mu. Dosa. Kenapa aku mangsanya? Mungkin aku yang kurang bermuhasabah diri. Dosa. Kau tak pernah lupa pada janjimu. Sentiasa mengejar anak Adam hanya dengan satu tujuan. Menyesatkan dan menambahkan dosa. Lalu, apa yang tinggal untukku akhirnya? Untukku persembahkan pada Tuhanku nanti? Dosa.. pergilah kau jauh-jauh! Jangan tambahkan lagi nodaku! Jangan kusutkan lagi fikiranku! Kerna , ku tak masih tak mampu mengamalkan ‘nahi mungkar’. Sedangkan, ‘amar makruf’ ku pun masih tunggang-langgang. Teringat aku pada kata-kata seorang hamba Allah ini; “ kalau tak mampu nak buat ‘nahi mungkar’ , buatlah ‘amar makruf’. Tapi, yang seeloknya biarlah ia seiring sejalan”. Dosa. Aku terasa amat berdosa. Aku menjadi mangsamu. Aku rebah pada mu. Pada pujuk rayu mu. Pada naluri merdu mu. Dosa. Jangan kejar aku lagi. Kerna, ku tak mampu menepis saat kau menghampiriku. Sesungguhnya, kau menang kali ini.
DUNIA
Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat persinggahan sebelum menuju perjalanan ke akhirat. Ya. Akhirat. Alam yang menentukan sama ada kita dimasukkan ke neraka atau syurga. Neraka penghapus atau syurga nikmat. Itulah kehidupan. Ditiupkan roh untuk bernafas di muka bumi, untuk menjadi khalifah di alam semesta. Penciptaan manusia yang pertama iaitu Adam membuktikan bahawa dunia ini harus dihuni oleh makhluk bernyawa. Makhluk yang dicipta berpasang-pasangan bagi meramaikan umat manusia yang mana umat terakhir adalah umat nabi Muhammad s.a.w.
MATI ITU PASTI
KULLUNAFSIN ZA IQQATULMAUT!!! Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. YA! Memang pasti mati itu akan mengejar walau jauh atau dekat, walau muda atau tua. Mati. Tak mengira segalanya. Sebagai manusia biasa, makhluk Tuhan yang paling sempurna, setiap dari kita akan merasai saat-saat sakaratul maut. NGERI? Ya, memang ngeri. Tapi, itulah pengakhiran hidup kita sebagai hambaNya. Namun, persediaan harus dilakukan untuk menemui TuhanMu itu. Mana mungkin kau mahu berjumpa dengan raja di dalam negerimu dengan bertangan kosong sahaja. Begitu lah Allah, tidak mungkin kita mahu bertemu denganNya tanpa amalan walhal tujuan kita dihidupkan di dunia adalah untuk beramal untuk kebahagiaan di akhirat sana. Oh.. sedarlah duhai manusia sekalian. Carilah amal sebanyak mungkin. Kerna, apabila matinya seseornag anak Adam, yang tinggal hanyalah sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. MATI ITU PASTI TAPI MENGERJAKAN KEBUN DUNIA UNTUK AKHIRAT ADALAH LEBIH PENTING KERNA KEBUN DUNIA ITULAH YANG AKAN MEMBERI HASIL DI AKHIRAT KELAK.
Subscribe to:
Posts (Atom)