Friday, 24 October 2014

cinta hati ke@ cinta mati????

Setahun berlalu, kini tiada lagi kisahku bersamanya…yang tinggal hanyalah kenangan.. kenangan yang sukar kulupakan.. akhirnya… dia pergi meninggalkan ku sendiri.. sendri melalui ujian ini.. ternyata dia tidak berpegang pd janjinya dulu.. sungguh!!! Sukar buatku utk melpakannya.. kennagan itu semakin lama semakin hidup dalam jiwaku.. menghantui hidupku.. senangnya dia pergi.. ternyata.. apa yang ku takuti berlaku jua.. betullah.. manakan boleh si pipit terbang bersama enggang.. pastinya si enggang akan jauh meninggalkan si pipit…kini, aku terluka lagi.. hnya kerana khilafku .. kau sanggup membuang diriku.. mana sifat pembimbingmu??? Aku dihukum kerana khilafku sedangkan kalau kau mahu boleh saja kau pertahankan ak dengan membimbingku..membawaku ke jalan pulang.. jalan hidayah.. ternyata.. akhirnya… aku menangis sendiri… di saat aku ingin manghabiskan sisa-sisa pengajianku.. penentu masa depanku.. kau berlari menjauhiku.. bagaikan aku ini secebis kain buruk.. kau lupa.. dulu aku jua yang kau cari.. saat kau lemah.. saat kau begelumang masalah.. hanya kerna katu-katuku itu.. yang ak sendiri khilaf padanya.. kau langsung tidak mahu menerimaku lagi… dan malam ini.. setelah berminggu berlalu.. aku menangis lagi… murahnya air mataku…. Aku hanya mampu berdoa.. berdoa pada tuhanku .. agar kau kembali kepadaku.. seperti doaku suatu masa dulu yang dimakbul tuhanku..sungguh.. aku yakin pada kuasa doa ini…walau bertahun lamanya.. kan ku sebut namamu .. hanya di dalam sujudku..moga saja ALLAH mendengar doaku ini. (20 oktober 2014, 10.31 pm)

dosa oh dosa!!! JAUHILAH AKU..

Dosa.. kenapa terlalu sukar untukku menjauhimu? Tiap masa ada saja kau mengejarku. Sedangkan aku langsung tiada minat pada mu. Dosa. Kenapa aku mangsanya? Mungkin aku yang kurang bermuhasabah diri. Dosa. Kau tak pernah lupa pada janjimu. Sentiasa mengejar anak Adam hanya dengan satu tujuan. Menyesatkan dan menambahkan dosa. Lalu, apa yang tinggal untukku akhirnya? Untukku persembahkan pada Tuhanku nanti? Dosa.. pergilah kau jauh-jauh! Jangan tambahkan lagi nodaku! Jangan kusutkan lagi fikiranku! Kerna , ku tak masih tak mampu mengamalkan ‘nahi mungkar’. Sedangkan, ‘amar makruf’ ku pun masih tunggang-langgang. Teringat aku pada kata-kata seorang hamba Allah ini; “ kalau tak mampu nak buat ‘nahi mungkar’ , buatlah ‘amar makruf’. Tapi, yang seeloknya biarlah ia seiring sejalan”. Dosa. Aku terasa amat berdosa. Aku menjadi mangsamu. Aku rebah pada mu. Pada pujuk rayu mu. Pada naluri merdu mu. Dosa. Jangan kejar aku lagi. Kerna, ku tak mampu menepis saat kau menghampiriku. Sesungguhnya, kau menang kali ini.

DUNIA

Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat persinggahan sebelum menuju perjalanan ke akhirat. Ya. Akhirat. Alam yang menentukan sama ada kita dimasukkan ke neraka atau syurga. Neraka penghapus atau syurga nikmat. Itulah kehidupan. Ditiupkan roh untuk bernafas di muka bumi, untuk menjadi khalifah di alam semesta. Penciptaan manusia yang pertama iaitu Adam membuktikan bahawa dunia ini harus dihuni oleh makhluk bernyawa. Makhluk yang dicipta berpasang-pasangan bagi meramaikan umat manusia yang mana umat terakhir adalah umat nabi Muhammad s.a.w.

MATI ITU PASTI

KULLUNAFSIN ZA IQQATULMAUT!!! Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. YA! Memang pasti mati itu akan mengejar walau jauh atau dekat, walau muda atau tua. Mati. Tak mengira segalanya. Sebagai manusia biasa, makhluk Tuhan yang paling sempurna, setiap dari kita akan merasai saat-saat sakaratul maut. NGERI? Ya, memang ngeri. Tapi, itulah pengakhiran hidup kita sebagai hambaNya. Namun, persediaan harus dilakukan untuk menemui TuhanMu itu. Mana mungkin kau mahu berjumpa dengan raja di dalam negerimu dengan bertangan kosong sahaja. Begitu lah Allah, tidak mungkin kita mahu bertemu denganNya tanpa amalan walhal tujuan kita dihidupkan di dunia adalah untuk beramal untuk kebahagiaan di akhirat sana. Oh.. sedarlah duhai manusia sekalian. Carilah amal sebanyak mungkin. Kerna, apabila matinya seseornag anak Adam, yang tinggal hanyalah sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat. MATI ITU PASTI TAPI MENGERJAKAN KEBUN DUNIA UNTUK AKHIRAT ADALAH LEBIH PENTING KERNA KEBUN DUNIA ITULAH YANG AKAN MEMBERI HASIL DI AKHIRAT KELAK.

Monday, 3 June 2013

PENGHAPUS DOSAKU

aku sakit....
dah la mgu exam
tp aku tahu
sakit ku ini penghapus dosa-dosaku

aku tahu
ALLAH sayang aku
memang
ALLAH syg smua hamba-hambaNYA
tp
aku PELIK
kenapa masih ada hambanya yg LEKA
yg LALAI, yg ALPA,
dari MENGINGATINYA

aku tahu
aku bukannya BAIK pom
tp
aku BERUSAHA mnjadi BAIK
kerna
aku tahu
PINTU TAUBAT sentiasa terbuka....


ALLAH.. ALLAH.. ALLAH...
AMPUNI DOSAKU...
AJARI AKU ERTI SYUKUR...

Friday, 11 January 2013

indah kan wanita solehah???

                                                        Assalamualikum.......




wahai muslimah sejati... peliharalah akhlakmu... tutpilah auratmu.. kerana maruah dirimu amat tinggi nilainya...

                              “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya”      [An Nur:31].


                                        “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka melebarkan jilbabnya” [Al Ahzab:59].


                                          “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud] 


berdasarkan ayat-ayat di atas,, nyata sekali aurat seseorang wanita amat dititikberatkan... lihatlah betapa sayangnya ALLAH pada kaun HAWA.. diturunkannya ayat tersebut agar maruah n harga diri kaum HAWA terpelihara..  oleh itu, sedarlah kaum HAWA sekalian... jgnlah kamu memperlihatkan auratmu untuk tontonan percuma kaum ADAM... dan labuhkanlah tudungmu agar perhiasanmu itu tidak menjadi buah nafsu sang teruna... bukankah Allah telah berfirman dalam surah AN-NUR ayat 31 yang bermaksud:

                                     Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


bangkitlah wahai saudari seislamku.... bangkitlah menentang hawa nafsu mu... bangkitlah melawan godaan syaitan yang sntiasa hndak menyesatkan manusia.. tutupilah auratmu... ushlah kamu berfesyen mengikut cara BARAT... berfesyenlah mengkiut cara ISLAM.. bukankah islam itu SYUMUL?? islam tidak menyekatmu untuk berfesyen... tapi berpada-padalah.. jgn sampai kamu melampaui batas... MAHA ADILNYA ALLAH padamu duhai saudari seislamku... ALLAH MENYANYANGIMU... maka. ,, tidakkah kamu ingin mengikut seruannya???  ALLAH... ALLAH.. ALLAH... sebak ku terasa tatkala menaip bait-bait kata ini...  betapa lalainya aku dalam mengikuti syariatmu... ayuh... jadikan pakaian muslimat pakaian syurgamu saudariku.... ALLAH merindui hambanya yang mahu berubah ke arah kebaikan.....


SEBAIK-BAIK PERHIASAN DI DUNIA IALAH WANITA SOLEHAH.... 







Thursday, 10 January 2013

~RINTIHAN MALAMKU~

BILA BERSENDIRI....
BARU KU TERSEDAR
BETAPA BANYAKNYA KEKHILAFAN DIRI.....
YG MEMBEKENGGU DIRI


ANDAI ROH YG DIPINJAM INI DIAMBIL KEMBALI...
HANYA SATU ARAHKU
KU INGIN KE ''SYURGA FIRDAUSI''
ANDAI MALAM INI MALAM TERAKHIRKU
HANYA SATU DOAKU
SEMOGA IBU BAPA KU TERSELAMAT
DARI AZAB NERAKAMU DAN SYURGA MENJADI TEMPATNYA....

YA ALLAH....
SEMAKIN LAMA KU BERFIKIR
SEMAKIN BANYAK KHILAFKU PADAMU
AMPUNI HAMBAMU INI YA ALLAH.....
BETAPA TERLEKANYA AKU AKAN NIKMAT DUNIAWI......